Terdapat sebuah syarikat penempa dinar emas 999 yang dikenalpasti, iaitu Logam Mulia di Jakarta Indonesia. Logam Mulia, salah sebuah syarikat milik PT. Antam Tbk, mula terlibat di dalam perniagaan emas dan perak (gold and silver) semenjak tahun 1937. Keterangan lanjut mengenai di Logam Mulia .
Pertama kali didirikan pada tahun 1930 oleh seorang pedagang emas bernama RT Braakensiek dengan lokasi berpindah-pindah.
Logam Mulia telah mendapat pengiktirafan dari London Bullion Market Association (LBMA) sejak 1 Januari 1999. Sebagai kompetensi nilai jual Logam Mulia di pasar emas dalam negeri dan luar negara ( antarabangsa ) serta merupakan satu-satunya pengolahan dan pemurnian emas di Indonesia. LONDON BULLION MARKET ASSOCIATION (LBMA) yang merupakan pasaran borong over-the-counter untuk perdagangan emas dan perak. Perdagangan dijalankan di kalangan ahli-ahli London Bullion Market Association (LBMA), ia jarang diselia oleh Bank of England kerana kebanyakan ahli-ahli adalah bank utama antarabangsa atau peniaga emas dan penapis.
Ciri-ciri fizikal jongkong emas dan perak yang digunakan dalam penyelesaian dalam pasaran digambarkan oleh spesifikasi penghantaran yang baik, yang adalah satu set peraturan yang dikeluarkan oleh LBMA. Ia juga meletakkan sebagainya keperluan bagi penyenaraian di LBMA Senarai Delivery Baik kilang penapis diluluskan.
Ini bermakna emas yang ditempa oleh pihak Logam Mulia ini boleh diterima oleh bank - bank diseluruh dunia.
Pada tahun 1937 mula menetap di Jalan Gajah Mada No. 84, Jakarta Pusat dan mula memurnikan emas rongsok dan hasil tambang dair Bengkulu dan Cikotok. Tahun 1949 menjadi perusahaan berdaftar yang bernama NV Essaieur en Affinage Bedrijf v/h RT Braakensiek. Kemudian pada tahun 1957 perusahaan tersebut diambil alih oleh Bank Industri Negara dan berubah nama menjadi PT Logam Mulia (Logam Mulia Ltd).
Pada 1 Januari 1961 sesuai PP No.281/1961, status syarikat perusahaan telah berubah menjadi PN Logam Mulia. Kemudiannya pada 31 Desember 1974 berdasarkan PP No.320/1974 berubah menjadi salah satu unit produksi dari PT Aneka Tambang (persero) yang kemudian disebut Unit Pengolahan dan Pemurnian Logam Mulia (Precious Metal Refinery) dan sejak 1 April 1979 syarikat perusahaan telah berpindah dari Jalan Gajah Mada ke Pulo Gadung Jakarta Timur, sehingga kini.
Bisnes utama Logam Mulia bergantung pada bekalan emas dari beberapa perusahaan tambang nasional dan unit bisnes tambang emas pongkor. Kapasiti maksimum produksi Logam Mulia adalah 100 ton emas dan 350 ton perak setahun. Dari kapasiti maksimum tersebut, kini hanya digunakan cuma 60% dari keseluruhan dan masih berusaha untuk meningkatkan dari tambang emas baru atau tambang tradisonal.
Sebelum November 2005, Logam Mulia hanya menempa dinar emas 916 (kandungan emas 91.6%, dan selebihnya logam lain) dengan mempunyai berat 4.25 gram. Mereka juga ada menempa emas 999 dalam bentuk 1 gram, 3 gram, 5 gram dan 10 gram. Perbezaan di antara 916 dan 999 ialah kandungan emas di dalam dinar emas 916 ialah 91.6% dan dinar emas 999 mempunyai kandungan emas sebanyak 99.9%. Selain dari Malaysia, Logam Mulia juga menerima banyak pesanan dinar emas 999 dari pelanggan-pelanggan mereka di Indonesia sendiri.
No comments:
Post a Comment