MONTAJ HIJRA



The Quran verse explains to us in a scientific viewpoint about the system of the universe, whereby all move on their respective orbit sand tracks. All the planets, moons and stars will not collide with one another as long as Allah wills it as such these movements are those of Sunnatullah or the movement of the norms. The earth circles around the sun for a year in one direction, the moon circles around the earth for a month on one direction and all the planets in the universe circle the sun in one direction known as the Tawaf Movement (Anticlockwise).

The idea of an earth movement clockwise clock and watches strikes when our founder question his class teacher when he was in primary 3 way back in 1974. His gazillion golden question to his teacher was, why does the clock rotates from left to right and not vice-versa. When the answer that he got was conservatively. So the guest to nd clockwise begins. While studying in California, USA, he discover s that mother nature’s and its inhabitants move from right to left which is known as anticlockwise. The earth rotates on its own axis from right to left and so does the moon and the planets circulating the sun, so does the Milky Way. Undoubtedly all plants when they grow, they will rotates from right to left. Even the hurricane gets its strenght by rotating from right to left. Furthermore, among athletics even starts and nish from right to left. Running on the track and eld, throwing shot put and discus, top spin, bicycle races etc. Even when you look out the running water in the sink, it rotates from right to left. As the audience grows day by day, Hijra founder realise that the time clockwise of today’s clock and watches should be rotating from right to left. Through the existing clockwise was imitating the ancient sundial shadow rotation but today clock and watches does not apply sundial shadow shadow movement on its creation. Furthermore, the ancient sundial clock way more of a kind of worshipping dal then goddess and today’s watch and clock does not has any relationship with worshipping, its purely a time machine that moves accordingly to nature’s form. The Sun even moves from east to west or right to left. Based on these evidences and ndings, the rst earth movement clock and watch was made in 2001. Though this is not the world rst anti clock wise watches made because some watch maker has in the port make such a watches and clock. However, those anti clock wise watches when it was made the intention is more of fashion and uniqueness. On the countrary Hijra movement clock and watch when it was introduced in 2009 was to the fact that Hijra believes the true clockwise is from right to left which is the earth movement and therefore Hijra embarked into a mission to see that the whole world adapt the true clockwise of earth movement which is from right to left. To see that the whole world change the present clock to the true clockwise movement relating with the formation of Hijra Timepiece (M) Sdn Bhd on 11th September 2013. With the above above storyline, Hijra believe that we are the rst clock and watches company in the world that want to change the world clock and watches movement to the true clockwise movement that is the earth movement or that was called ‘Tawaf Movement’.

Thursday, 13 October 2016

SIRI JELAJAH EKONOMI SYARIAH

Assalamualaikum w.b.t,

Sinopsis : Pada 5hb. Oktober sehingga 9hb. Oktober 2012, satu siri jelajah da'wah berkenaan penyatuan ummah melalui ekonomi syariah telah dilakukan di Balik Papan, kalimantan Timur Indonesia oleh da'ie Abdul Halim Bin Abdul Hamid. Berikut merupakan keratan akhbar liputan siri da'wah tersebut yang mana turut disiarkan melalui radio tempatan.









EKONOMI KAPITALIS

Assalamualaikum w.b.t,

Kali ini kami akan memaparkan 2 video yang menarik sesuai bagi mereka yang ingin mengetahui dan mempelajari tentang sistem ekonomi kapitalis dunia.

Video yang pertama adalah berkenaan  dalang dan gergasi Sistem Ekonomi Kapitalis yang sedang kita gunakan yang mana mereka ini boleh dianggap sebagai penjenayah kewangan. Video dari youtube oleh ClassWarFilms.





Video yang kedua pula adalah soal jawab diantara senator Elizabeth Warren bersama Banking Committee US berkenaan pengubahan wang haram diantara bank HSBC dan pengedar dadah Colombia dan Mexico. Video dari youtube oleh Senator Elizabeth Warren sendiri.



Wednesday, 12 October 2016

TEORI FIBONACCI DAN PUSINGAN TAWAF (TAWAF MOVEMENT)

Assalamualaikum,

Apa itu Teori Fibonacci? Bagi mereka yang tidak tahu, Teori Fibonacci adalah satu teori matematik yang mana nombornya berturutan mengikut satu kaedah yang menarik iaitu nombor yang berikut terhasil melalui pernambahan dua nombor yang sebelumnya.

0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144 .........

0+1=1
1+1=2
1+2=3 ....
55+34=89

Untuk penerangan di atas, siri nombor ini bermula dengan 0, di ikuti dengan nombor 1 dan seterusnya 2 yang mana nombor 2 terhasil melalui pernambahan nombor sebelumya (1+1=2). Untuk mendapatkan nombor seterusnya maka, dua nombor yg sebelumya harus di tambah lagi, maka 1+2=3. Begitulah aturan seterusnya.

Sekiranya nombor ini di susun mengikut skala Fibonacci maka akan terhasil lah satu bentuk PUSINGAN TAWAF (TAWAF MOVEMENT).

Mari kita layan video ini dahulu :




Apa yang menarik adalah asas bagi ciptaan alam ini sebenarnya adalah dari PUSINGAN TAWAF (TAWAF MOVEMENT) ataupun barat lebih mengenalinya sebagai Teori Fibonacci. Maka tidak hairanlah kenapa Allah S.W.T. menyuruh kita melakukan pusingan tawaf pada arah ini.

Seterusnya jika di kaji lagi aspek pernomboran ini, ia mampu menghasilkan satu nisbah yang menjadi titik asas penciptaan bagi banyak benda yang ada di dunia ini. Nisbah ini dikenali sebagai  NISBAH EMAS (GOLDEN RATIO) = 1.618. Nisbah ini terhasil melalui pembahagian nombor dihadapan dengan nombor yang sebelumnya, contohnya:

0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, 233, 377, 610, 987, 1597..

55/34       = 1.618
89/55       = 1.618
144/89     = 1.618
1597/987 = 1.618  dan begitulah seterusnya.

Contoh paling dekat penggunaan Nisbah Emas (1.618) ini adalah penciptaan muka dan tubuh badan kita sendiri kerana mengikut kajian, setiap aspek dan struktur tubuh badan kita ini dicipta oleh Allah S.W.T sebenarnya menggunakan  Nisbah Emas atau Golden ratio (1.618). Maha Agung Allah yang telah menciptakan kita.

Jadi di manakah pula TITIK NISBAH EMAS/GOLDEN RATIO bagi bumi ini? Untuk mengetahuinya dan pemahaman lebih lanjut jom kita layan lagi video berikut:



Tuesday, 11 October 2016

THE TRUE PATH

PUSINGAN TAWAF DAN FITRAH ALAM SEMESTA

Assalamualaikum w.b.t,




“Dan dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).” 
(Al-Anbiya, 21:33)



Ayat Al-Quran di atas menerangkan kepada kita secara saintifik berkenaan dengan sistem yang berada di angkasa lepas yang mana semuanya bergerak di atas orbit dan landasan masing-masing. Semua planet, bulan dan bintang tidak akan berlanggar di antara satu sama lain selagi mana Allah mengkhendakinya tetap di situ dan semua pergerakan ini adalah pergerakan Sunnatullah atau pergerakan fitrah.  Bumi beredar mengelilingi matahari selama setahun pada satu arah, bulan beredar mengelilingi bumi selama satu bulan pada satu arah dan semua planet yang berada di angkasa mengelilingi  matahari dalam satu arah pusingan yang dikenali sebagai  pusingan Tawaf (Tawaf Movement).





Atlet olahraga juga berlari pada arah Tawaf (Tawaf Movement) kerana mempunyai hubung kait dengan kecepatan semasa berlari.




Bumi mengelilingi matahari pada arah Tawaf (Tawaf Movement), bumi sendiri berputar pada paksinya pada arah Tawaf (Tawaf Movement), bulan megelilingi bumi pada arah Tawaf  (Tawaf Movement) , semua planet dan bintang yang berada di dalam sistem solar sebenarnya juga mengelilingi galaksi pada arah Tawaf (Tawaf Movement).  Masing-masing beredar di atas paksi dan orbitnya pada arah Tawaf (Tawaf Movement) dan pergerakan ini menjadi hukum (cosmic law) kepada pergerakan alam semesta (Sunnatullah/Fitrah).



Galaksi berputar pada arah Tawaf (Tawaf Movement).



Bulan turut mengelilingi bumi yang berputar pada paksinya dan mengikut orbit 
pada arah Tawaf ( Tawaf Movement ).


Sebenarnya hukum pergerakan alam semesta atau hukum pusingan Tawaf (Tawaf Movement) ini bukan sahaja melibatkan objek di angkasa lepas malah ia juga melibatkan ciptaan Allah yang hanya sekecil zarah atom dan hanya mampu dilihat di bawah mikroskop. Elektron di dalam atom berpusing di atas paksinya sendiri kemudian berpusing mengelilingi nucleus atom pada arah Tawaf (Tawaf Movement).  Benda-benda yang konkrit, cair dan bergas juga terbina daripada jutaan gabungan zarah atom dan ini bermakna hukum pusingan Tawaf (Tawaf Movement) di aplikasikan hampir kepada semua benda yang ada di alam semesta ini; planet-planet, tumbuh-tumbuhan, bulan-bulan yang berada pada setiap planet, binatang, tanah, air dan sebagainyanya.  Kerusi yang kita duduk dan mouse computer yang kita pegang juga mengandungi zarah-zarah atom.



Elektron di dalam struktur atom berputar pada arah Tawaf (Tawaf Movement).


Hal ini tidak terkecuali juga dengan sel tubuh badan kita kerana tubuh badan manusia itu sendiri terdiri daripada  banyak sel. Sitoplasma (cytoplasm) yang berada di dalam sel, beredar mengelilingi nucleus pada arah Tawaf (Tawaf Movement) juga.



Sitoplasma (cytoplasma) mengelilingi nucleus pada arah Tawaf (Tawaf Movement).



Kulit siput pun mempunyai corak mengikut arah Tawaf (Tawaf Movement).



Tumbuhan-tumbuhan jenis yang menjalar juga sekiranya kita perhatikan memanjat pada arah Tawaf (Tawaf Movement).


Begitulah  ciptaan Allah S.W.T  daripada yang sekecil-kecil atom sehinggalah kepada yang sebesar-besar matahari masing-masing melakukan pusingan pada arah Tawaf (Tawaf Movement). Masing-masing dengan rendah dirinya mengikut pusingan apa yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T tetapi kenapa kita manusia yang mampu berfikir tidak pernah merenungkannya. Semua ciptaan Allah S.W.T melakukan pusingan mengikut arah Tawaf (Tawaf Movement) dan  pasti mempunyai hikmahnya tersendiri tetapi kita dengan ego sekali mencipta dan memakai jam yang bertentangan dengan Sunnatullah/Fitrah alam.




44. Allah mencipta langit dan bumi Dengan cara Yang layak dan berhikmat; Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi orang-orang Yang beriman. 
(Al-Ankabut, 29:44)



Apabila melakukan tawaf di kaabah, bahu kiri akan sentiasa dikiri dan hati akan menjadi lebih dekat dengan kaabah berbanding pada pusingan clockwise. Kita tawaf seiring dengan pergerakan semua benda yang ada di alam semesta; planet, bulan, matahari, sel-sel, atom dan darah dalam tubuh badan sekaligus menjadikan kita lebih tenang selepas daripada itu. Pusingan Tawaf (Tawaf Movement) di kaabah yang berlaku sejak berkurun-kurun lamanya sebenarnya sekira dikaji secara saintifik menghasilkan satu gelombang elektromagnetik yang menuju ke atas. Prinsip yang digunakan adalah sama seperti prinsip di dalam kelas sains fizik iaitu prinsip tangan kanan. 



Mengikut prinsip tangan kanan, medan magnetik ini secara tidak langsung mampu menghasilkan tenaga yang menuju ke atas. Kemungkinan besar daya tenaga inilah yang menyebabkan doa seseorang di Masjidil Haram mudah dimakbulkan kerana hasil daripada pusingan tawaf yang kerap disana sejak berkurun lamanya menghasilkan satu gelombang tenaga atau gelombang doa yang menuju ke atas.




Secara saintifiknya pergerakan Tawaf (Tawaf Movement) ini menghasilkan tenaga elektromagnetik yang menuju ke atas. Sekiranya seseorang itu memakai jam yang memusing pada arah Tawaf (Tawaf Movement), secara tidak langsung orang itu akan merasai gelombang yang menuju kepadanya setiap kali orang itu melihat jam.


Hakikatnya, hanya Allah sahaja yang benar-benar mengetahui hikmah di sebalik pusingan pada arah Tawaf (Tawaf Movement). Sebagai seorang muslim tidak salah sekiranya kita mengikut apa yang Fitrah atau Sunnatullah kerana kita tahu pasti ada banyak kebaikan di sebalik ciptaannya itu. Allah semesta alam mencipta benda dari yang sekecil-kecil atom sehinggalah kepada galaksi, semuanya berputar pada arah yang satu, arah Tawaf  (Tawaf Movement) dan tidak patutlah kita sebagai hambanya menggunakan jam yang bertentangan dengan Fitrah atau Sunnatullah. Marilah kita berhijrah, hijrah dengan mengikut jam yang Fitrah, hijrah cara kita berfikir, hijrah dari keburukan kepada kabaikan dan hijrah dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang. Wassalam.