MONTAJ HIJRA



The Quran verse explains to us in a scientific viewpoint about the system of the universe, whereby all move on their respective orbit sand tracks. All the planets, moons and stars will not collide with one another as long as Allah wills it as such these movements are those of Sunnatullah or the movement of the norms. The earth circles around the sun for a year in one direction, the moon circles around the earth for a month on one direction and all the planets in the universe circle the sun in one direction known as the Tawaf Movement (Anticlockwise).

The idea of an earth movement clockwise clock and watches strikes when our founder question his class teacher when he was in primary 3 way back in 1974. His gazillion golden question to his teacher was, why does the clock rotates from left to right and not vice-versa. When the answer that he got was conservatively. So the guest to nd clockwise begins. While studying in California, USA, he discover s that mother nature’s and its inhabitants move from right to left which is known as anticlockwise. The earth rotates on its own axis from right to left and so does the moon and the planets circulating the sun, so does the Milky Way. Undoubtedly all plants when they grow, they will rotates from right to left. Even the hurricane gets its strenght by rotating from right to left. Furthermore, among athletics even starts and nish from right to left. Running on the track and eld, throwing shot put and discus, top spin, bicycle races etc. Even when you look out the running water in the sink, it rotates from right to left. As the audience grows day by day, Hijra founder realise that the time clockwise of today’s clock and watches should be rotating from right to left. Through the existing clockwise was imitating the ancient sundial shadow rotation but today clock and watches does not apply sundial shadow shadow movement on its creation. Furthermore, the ancient sundial clock way more of a kind of worshipping dal then goddess and today’s watch and clock does not has any relationship with worshipping, its purely a time machine that moves accordingly to nature’s form. The Sun even moves from east to west or right to left. Based on these evidences and ndings, the rst earth movement clock and watch was made in 2001. Though this is not the world rst anti clock wise watches made because some watch maker has in the port make such a watches and clock. However, those anti clock wise watches when it was made the intention is more of fashion and uniqueness. On the countrary Hijra movement clock and watch when it was introduced in 2009 was to the fact that Hijra believes the true clockwise is from right to left which is the earth movement and therefore Hijra embarked into a mission to see that the whole world adapt the true clockwise of earth movement which is from right to left. To see that the whole world change the present clock to the true clockwise movement relating with the formation of Hijra Timepiece (M) Sdn Bhd on 11th September 2013. With the above above storyline, Hijra believe that we are the rst clock and watches company in the world that want to change the world clock and watches movement to the true clockwise movement that is the earth movement or that was called ‘Tawaf Movement’.

Thursday 27 October 2016

PROSES PENEMPAAN DAN PENUKARAN DINAR EMAS

Assalamualaikum Semua,

Hari ini kami akan menceritakan bagaimana anda boleh menempa Dinar Emas dan menukarkannya kepada RM sekiranya perlu. Sebenarnya kami tidak menggalakkan anda menjual balik Dinar kecuali terpaksa. Kerana, di antara wang kertas dan emas, emas sangat-sangatlah bernilai terutama bagi jangkamasa panjang. Oleh itu, sekiranya anda ada menyimpan Dinar, anggaplah ianya aset kekal seperti membeli rumah. Seboleh-bolehnya, tukarkan RM anda kepada Dinar Emas dari masa ke semasa untuk mengurangkan pergantungan ke atas wang kertas yang semakin hilang nilainya.

Penempaan Dinar Emas

Di pihak kami, penempaan Dinar Emas tidak dilakukan secara berkala (samada seminggu sekali atau sebulan sekali). Kami cuma akan menempa Dinar Emas apabila kami dapati harganya murah berbanding masa-masa lain. Selalunya apabila harga emas dunia jatuh ke paras USD1200 kebawah untuk 1 Troy Ounce (bersamaan dengan 31.1gram), kami akan mula memantau harga emas. Ini adalah kerana dengan jumlah wang yang sama, kita dapat menempa lebih banyak Dinar Emas.

Apabila tiba masa yang sesuai untuk menempa, kami akan menghubungi pihak Logam Mulia untuk mengetahui kos sebenar menempa 4, 2, 1, 1/2 dan 1/4 Dinar Emas. Kos ini kemudiannya akan ditambah dengan kos pengangkutan, sekuriti dan upah menyimpan.

Selepas mengira kos keseluruhan, kami akan memberitahu kenalan-kenalan tentang harga 4, 2, 1, 1/2 dan 1/4 Dinar Emas, samada secara sms, call atau email di sebelah pagi. Kami akan memberi anda 1/2 hari untuk membuat keputusan samada untuk membeli atau tidak. Ini adalah kerana harga emas berubah setiap hari. Oleh itu harga yang ditetapkan oleh pihak Logam Mulia adalah sah untuk hari itu sahaja, iaitu sehingga pukul 5 petang. Di sebabkan itu anda perlu membuat keputusan samada hendak membeli atau tidak sebelum pukul 3 petang pada hari tersebut. Dengan kata lain, anda mendapat harga di sebelah pagi dan harus membuat keputusan sebelum pukul 3 petang pada hari yang sama. Oleh itu, kami cadangkan, apabila anda melihat harga emas jatuh keparas USD1200 kebawah, anda sudah bersedia dengan wang simpanan anda dan membuat keputusan berapa Dinar Emas yang anda hendak tempa.

Sekiranya anda tidak berminat untuk menempa, anda tidak perlu membalas sms atau email, kerana kami berpendapat, diam bermakna anda tidak berminat. Tetapi sekiranya anda berminat untuk menempa Dinar Emas, balas sms atau email kami dan nyatakan:

1) Nama Penuh

2) Nombor MyKad

3) Alamat

4) Jenis Dinar Emas (samada 4, 2, 1, ½ atau ¼ Dinar) dan kuantiti bagi setiapnya. Seperti contoh:

1 x 4 Dinar (Bermakna anda mahu menempa 4 Dinar dalam 1 kuantiti sahaja).

5 x 1 Dinar (Bermakna anda mahu menempa 1 Dinar dalam 5 kuantiti).


Selepas membuat pesanan, anda diberi 2 hari untuk membuat pembayaran. Anda boleh bank-in ke dalam akaun kami (CIMB atau Maybank) dan pada hari kedua, kami akan menghantar semua bayaran kepada pihak Logam Mulia. Seterusnya, kami akan mengeluarkan resit bagi pembayaran yang telah anda buat kepada kami.

Selepas membuat bayaran, anda perlu menunggu selama 6 minggu untuk menerima Dinar Emas anda. Selepas 6 minggu atau apabila kami menerima Dinar Emas tersebut, kami akan menghubungi anda untuk urusan penghantaran atau pengambilan. Anda akan diberi resit penerimaan semasa mengambil Dinar Emas anda.

Sebenarnya ramai juga yang khuatir tentang waktu menunggu yang lama. Itu tidak dapat kami elakkan kerana kami tidak mempunyai modal untuk menempa dahulu sebelum menjualnya. Oleh itu kami cadangkan anda menghadiri seminar kami dan berkenalan dengan kami sebelum mengambil keputusan menempa Dinar Emas. Kerana urusan ini hanya berdasarkan kepercayaan dan keikhlasan sahaja. Keikhlasan kami menempanya untuk anda dan kepercayaan anda kepada usaha kami.

Sekiranya anda tidak mahu menunggu, anda boleh mendapatkannya melalui penyimpan lain yang ingin menukarkan Dinar Emas mereka kepada RM. Tetapi ini amat sukar kerana penyimpan selalunya sayang hendak menjual Dinar Emas mereka walaupun harga emas meningkat. Baca tajuk seterusnya untuk membeli dari penyimpan lain.

Penjualan Balik

Selalunya penyimpan-penyimpan Dinar Emas tidak mahu menjualnya kecuali terpaksa iaitu kerana kecemasan, untuk perbelanjaan anak-anak melanjutkan pelajaran, atau menunaikan Haji. Jadi, amat jarang kami berjumpa dengan penyimpan yang ingin menjualkan Dinar Emas miliknya. Adakalanya juga, ada individu yang menempa lebih untuk dijual, tetapi menukar fikiran selepas menerima Dinar Emas mereka, kerana sayang hendak menjualnya. Di sebabkan itu kami tidak ada menyimpan stok. Sekiranya penyimpan berminat nak menukar Dinar Emas mereka kepada RM, mereka akan memberitahu kami dan kami akan hubungi kenalan-kenalan mengenai informasi ini. Kami akan memberi nama dan nombor handphone penjual tersebut kepada kenalan untuk mereka uruskan sendiri penukaran tersebut. Di sini, penjual akan tentukan harga Dinar Emas mereka dan pembeli boleh berunding harga tersebut dengan penjual. Sebelum kewujudan blog ini, iklan mengenai penjualan balik cuma terhad kepada beberapa orang kenalan sahaja. Adakalanya kenalan ini akan forwardkan sms atau email tersebut kepada orang lain. Sesiapa yang berminat boleh cuba menghubungi penjual untuk urusan selanjutnya.

Selepas kewujudan Blog ini, mungkin proses ini akan jadi lebih mudah kerana kami boleh mengiklankannya di sini. Oleh itu sesiapa yang hendak menukarkan Dinar Emas mereka, boleh menghubungi kami untuk kami hebahkan kepada orang ramai. Adalah lebih baik kita menukarkannya sesama kita walaupun kedai emas sudah mula menerima Dinar Emas sekiranya anda hendak menjualnya disitu. Di Melaka, kedai emas mengambil Dinar Emas kurang 15% dari harga emas yang disiarkan. Ada setengah tempat lain, mereka cuma membayar 50% dari harga emas. Jadi anda harus berhati-hati dan membuat kajian terlebih dahulu sebelum menjualnya ke kedai emas. Untuk selamat, hubungi kami dan kami boleh menasihatkan anda apa yang boleh anda lakukan.

Kami harap, anda jelas dengan penerangan diatas. Sekiranya anda berminat untuk menerima sms/ email berkenaan penempaan Dinar Emas, emailkan kepada kami:

Nama Penuh

Handphone no.

Alamat / Lokasi

Nyatakan tajuk email: Mint Dinar

Sekian Wassalam.

No comments:

Post a Comment